Workshops & Lectures
Modul Konsep Asas Celik Fizikal
SINOPSIS
Modul pembelajaran ini memperkenalkan konsep celik fizikal, siapa pakar, teori kematangan, model pembinaan fizikal remaja, kaedah aktiviti fizikal, dan ujian saringan celik fizikal menggunakan borang ujian CFM-1. Modul ini membantu penggerak celik fizikal untuk membina, mengadaptasi dan menyokong persekitaran celik fizikal dengan menggunakan perancangan berteraskan kaedah suaian fizikal dan borang penilaian celik fizikal CFM-1 Modul ini perlu digunakan bersama dengan video kuliah berkaitan atau dengan penerangan dan praktikal langsung di dalam kursus berkaitan .
Hasil Pembelajaran Modul
Penglibatan dengan jayanya dalam proses pembelajaran modul ini akan membolehkan peserta:
1. Mentakrifkan konsep utama celik fizikal dan memahami kepentingannya dalam kalangan kanak-kanak hingga dewasa.
2. Mengenalpasti siapakah yang boleh dikatakan sebagai pakar dalam membantu proses celik fizikal kanak-kanak hingga dewasa.
3. Mengetahui kaedah pencarian dan penggunaan sumber maklumat berkualiti dan berteraskan sandaran saintifik berkaitan aktiviti fizikal dan celik fizikal.
4. Memahami perkaitan konsep fisiologi tumbesaran manusia dengan proses perlaksanaan aktiviti fizikal bagi tujuan celik fizikal.
5. Memilih dan melaksanakan strategi bagi merancang, melaksana dan menilai aktiviti fizikal bagi tujuan celik fizikal untuk diri sendiri atau mereka yang di bawah jagaan.