top of page

Sample Power Points

suaian fizikal taktikal bomba dan penyelamat

Editor: Nur Ikhwan Mohamad, Ali Md Nadzalan & Muhamad Hafiz Zainol

Diterbitkan oleh :
PENERBIT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjong Malim, Perak.
www.penerbit.upsi.edu.my
E-Mail: penerbit@upsi.edu.my

Cetakan Pertama 2019
© Penerbit UPSI
© Nur Ikhwan Bin Mohamad

247 muka surat

ISBN 978-967-2163-67-1

SUMBER RUJUKAN PENDIDIKAN UNTUK PENGGERAK BIDANG SUAIAN FIZIKAL DI MALAYSIA

Bidang kejurulatihan suaian fizikal semakin berkembang pesat di Malaysia khasnya, dengan kehadiran semakin ramai pengamal dan penggerak. Kursus-kursus pendidikan khusus berkaitan suaian fizikal pelbagai peringkat daripada sijil hingga ke sarjana semakin banyak diperkenalkan oleh pelbagai pihak dan institusi. Namun sumber rujukan akademik khusus dalam Bahasa Malaysia amat terhad dan hampir tiada.


Kandungan buku ini di bahagikan kepada bahagian ilmu pendidikan suaian fizikal umum dan bahagian ilmu pendidikan khusus untuk keperluan taktikal bomba dan penyelamat. Oleh itu, ianya mencakupi keperluan pengetahuan asas bagi masyarakat umum dan juga bagi keperluan pengetahuan asas untuk taktikal bomba dan penyelamat. Buku ini turut memberikan ilmu teras aspek sains dalam suaian fizikal, selain memberikan skop tugas dan tanggungjawabs serta cadangan susun atur organisasi berkaitan kejurulatihan suaian fizikal.


Kenapa bomba dan penyelamat? Tugas dan keperluan taktikal bomba dan penyelamat sebenarnya berkait rapat dengan tugas sukarela dalam masyarakat itu sendiri. Operasi menyelamat itu sendiri dalam banyak situasi adalah tanggungjawab spontan setiap anggota masyarakat. Dari sudut kebombaan, tugas dan tanggungjawab anggota bomba semakin mencabar dan merbahaya, maka membantu anggota pasukan bomba dan penyelamat kita untuk sentiasa berada pada tahap fizikal yang bersesuaian dengan keperluan taktikal mereka adalah matlamat utama penerbitan ini.

Bomba_Taktikal_FR.png

KANDUNGAN

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN

EDITORIAL DAN SENARAI PENYUMBANG

KATA-KATA ALUAN

PRAKATA

 

BAHAGIAN I
PENGENALAN KEPADA BIDANG KEJURULATIHAN SUAIAN FIZIKAL

BAB 1
Konsep Asas, Struktur dan Sistem Kejurulatihan Suaian Fizikal
Prof. Madya Dr. Nur Ikhwan Mohamad, PhD

BAB 2
Kod Etika Jurulatih Suaian Fizikal Umum dan Khusus Bomba dan Penyelamat Malaysia

PgB Muhammad Izzat Bin Othman, BSc.
Dr. Ali Md. Nadzalan, PhD

BAHAGIAN II
ASAS SAINTIFIK DALAM SUAIAN FIZIKAL

BAB 3
Asas Anatomi dan Fisiologi Senam

Dr. Norhazira Abdul Rahim, PhD
Dr. Nor Aijratul Asikin Mohamad Shalan, PhD

BAB 4
Asas Biomekanik Pergerakan Manusia

Dr. Ali Md Nadzalan, PhD

BAB 5
Asas Psikologi untuk Prestasi Fizikal
Dr. Nurul Ain Hidayah Abas, PhD

BAB 6
Asas Pemakanan untuk Keperluan Latihan Fizikal

Dr. Norhazira Abdul Rahim, PhD
Dr. Nor Aijratul Asikin Mohamad Shalan, PhD

BAHAGIAN III
KAEDAH LATIHAN SUAIAN FIZIKAL UMUM

BAB 7
Komponen Kecergasan Fizikal, Prinsip Latihan dan Pembolehubah Latihan

Prof. Madya Dr. Nur Ikhwan Mohamad, PhD

BAB 8
Kaedah Latihan Umum Daya Tahan Kardiovaskular

PgB Muhamad Hafiz Bin Zainol

BAB 9
Kaedah Latihan Umum Kekuatan dan Daya Tahan Otot

Prof. Madya Dr. Nur Ikhwan Mohamad, PhD
PgB Muhamad Hafiz Bin Zainol
PB Muhamad Firdaus Hafizi B. Md Shafii

BAB 10
Kaedah Latihan Umum Kelenturan Otot

Prof. Madya Dr. Nur Ikhwan Mohamad, PhD

BAB 11
Kaedah Pemulihan Prestasi Fizikal Selepas Sesi Latihan, Pertandingan dan Tugasan Taktikal

Prof. Madya Dr. Nur Ikhwan Mohamad, PhD
Raiza Sham Hamezah, MSc.

BAB 12
Alatan dan Kelengkapan Latihan Umum

Prof. Madya Dr. Nur Ikhwan Mohamad, PhD
PKPgB Hasmadi Bin Jusoh
PB Muhamad Firdaus Hafizi Bin Shafii

BAHAGIAN IV
KAEDAH LATIHAN SUAIAN FIZIKAL KHUSUS TAKTIKAL BOMBA

BAB 13
Kaedah Latihan dan Alatan Khusus untuk Kecergasan Taktikal Bomba dan Penyelamat

TPgB Nazizul Hasmarizal Bin Haja Mydin
PBK II Hazal Bin Kassim
PKPgB Hasmadi Bin Jusoh

BAHAGIAN V
PEMBINAAN PROGRAM LATIHAN

BAB 14
Asas Periodisasi Latihan

PW2 (B) Simon Lau Chin Meng, MSc.

BAHAGIAN VI
PENGURUSAN PROGRAM KECERGASAN FIZIKAL

BAB 15
Pengurusan Acara (Bengkel, Seminar, Pertandingan)

Dr. Jaffry Zakaria, PhD

BAB 16
Pengurusan Risiko dalam Aktiviti dan Acara Kecergasan

Dr. Jaffry Zakaria, PhD

Biografi Penulis

bottom of page