top of page
UPSI.png
Logo-MBM.webp
WhatsApp Image 2025-12-02 at 15.05.15.jpeg

Kem Wirawan/Wirawati Belia Hujung Minggu (WHM)

Kem Wirawan/Wirawati Belia Hujung Minggu (WHM) merupakan pengalaman intensif dan transformatif selama 2 hari yang direka khas untuk belia yang ingin meningkatkan tahap kecergasan fizikal, ilmu kecergasan kendiri, serta kemahiran kepimpinan kecergasan komuniti. Program ini juga bertujuan untuk membantu meningkatkan literasi fizikal belia.

 

Peserta akan di dedahkan kepada aktiviti kecergasan seperti 'rucking', Olympic Lifting, senaman dengan muzik, HIIT, MIIT, dan LIIT yang sesuai untuk diri sendiri dan komuniti mereka. Peserta akan turut didedahkan kepada asas kepimpinan aktiviti kecergasan fizikal.

 

Program ini akan di kendalikan oleh pakar suaian fizikal Prof. Dr. Nur Ikhwan Mohamad dan Dr Mohd Hafizuddin Baki bersama atlet pecut UPSI & Kebangsaan 2022-2024 Muhammad Yusridzwan Danial Yusof. Program adalah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM).

Maklumat Ringkas

Berikut merupakan makluman ringkas untuk peserta. 

Pakaian

Pakaian sukan lengkap dan sopan sepanjang kem. Pastikan pakaian mampu digunakan untuk pelbagai jenis pergerakan badan (flexible). Kasut yang sesuai untuk berjalan dan berlari. Bawa bersama tuala senaman. Di galakkan membawa pakaian ganti sehelai dua bagi setiap sesi. 

Alatan

Penganjur menyediakan tikar senaman (exercise mat). Namun di galakkan membawa tikar senaman sendiri jika ada. Beg 'Rucking', kelengkapan olympic lifting dan foam roller untuk urutan pemulihan kendiri disediakan penganjur. Di galakkan membawa sebarang jenis 'heart rate monitor' atau apps larian (strava dll) jika ada. Botol air sendiri digalakkan. 

Sesi

Kem di bahagikan kepada 3 sesi sehari, iaitu dua sesi pagi dan satu sesi petang. 

Sijil

Peserta akan menerima sijil Wirawan/Wirawati Belia Hujung Minggu bagi setiap penyertaan. 

Tarikh, Masa & Lokasi

Tarikh: 13 dan 14 Disember 2025

Masa: 8 pagi hingga 4 petang

Lokasi: Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan, Blok 6, KSAS, UPSI.

Tentatif Program

HARI PERTAMA:

8.00 pagi hingga 8.30 pagi:                 

Pendaftaran dan taklimat ringkas.

 

8.30 pagi hingga 10.30 pagi:               

Sesi 1 Keselamatan, Analisa Keperluan & Kompetensi Pergerakan.

 

10.30 pagi hingga 11.00 pagi:             

REHAT

 

11.15 pagi hingga 1.15 tengah hari:    

Sesi 2 LIIT

 

1.15 hingga 2.15 petang:                    

REHAT

 

2.15 hingga 4.15 petang:                     

Sesi 3 MIIT & Teknikal Olympic Lifting

 

4.15 petang:                                         

TAMAT

 

HARI KEDUA:

8.00 pagi hingga 10.00 pagi:               

Sesi 4 Rucking dan Mobiliti

 

10.00 pagi hingga 10.30 pagi:

REHAT

 

10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari:

Sesi 5 Endurolift Fitness Challenge (HIIT)

 

12.30 hingga 2.30 petang:

Sesi 6 Pemulihan, Perbincangan & Refleksi.

 

2.30 petang:

PROGRAM TAMAT

MBM WHM 2025b.png
Penggerak Kecergasan
bottom of page