top of page

Projek Tahun Akhir

QR FYPA242.png

JABATAN SAINS KEJURULATIHAN,

FAKULTI SAINS SUKAN & KEJURULATIHAN,

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

Kursus Fakulti (FSSKj): QCR 3996 Projek Tahun Akhir

Sinopsis Kursus: Kursus ini memerlukan pelajar mereka bentuk, menguruskan dan menghasilkan satu penyelidikan dalam bidang Sains Kejurulatihan.  Kursus ini juga memperkenalkan pelajar tentang kaedah penulisan disertasi yang lengkap mengikut format standard. Di akhir kursus, pelajar akan menghasilkan satu disertasi lengkap mengikut topik yang telah dipilih dengan bimbingan pensyarah penyelia yang dilantik. 

Takwim Kursus:

Minggu 1-3 Penetapan bidang dan penyelia

Minggu 4-6 Penulisan draf ringkas Bab 1,2 dan 3

Minggu 7-9 Penulisan Bab 4

Minggu 10-12 Penulisan Bab 5

Minggu 13-14 Pembentangan seminar 

Senarai Penyelia & Bidang

Profesor Dr. Nur Ikhwan bin Mohamad

(Strength & Conditioning)

Profesor Madya Dr. Zulakbal bin Abd Karim

(Sports Coaching)

Profesor Madya Dr. Ali bin Md Nadzalan

(Sports Biomechanics)

 

Profesor Madya Dr. Jaffry bin Zakaria 

(Sport & Recreation Management)

Profesor Madya Dr. Thariq Khan Azizuddin Khan

(Sports Psychology)

Profesor Madya Dr. Zulezwan bin Ab Malik

(Physical Conditioning)

Dr. Nur Haziyanti binti Mohamad Khalid

(Sports Psychology)

Dr. Hazuan bin Mohd Hizan

(Sports Coaching)

Dr. Noorzaliza binti Osman

(Sports Coaching)

Dr. Nor Fadila binti Kasim

(Exercise Physiology)

Dr. Nor Aijratul Asikin Bt Mohamad Shalan

(Exercise Physiology)

Dr. Mon Redee Sut Txi

(Sports Psychology)

Dr. Mohd Hafizuddin Bin Baki

(Strength & Conditioning)

Dr. Abdul Mu'Iz bin Nor Azmi

(Motor Learning)

Puan Noor Aiwa binti Rosman

(Anatomy & Physiology)

Puan Mirza Azny binti Mustafa

(Health & Fitness)

Cik Nor Fazila Binti Abd Malek

(Motor Learning)

Encik Mohamed Azizul bin Mohamed Afandi

(Health & Fitness)

Borang Cadangan Penyelia oleh Pelajar

  • Pelajar boleh mencadangkan SATU nama penyelia berdasarkan bidang projek penyelidikan yang ingin dibuat.

  • Penerimaan cadangan penyelia adalah tertakluk kepada kekosongan penyelia berkenaan.

Panduan Umum Penulisan Projek Tahun Akhir 

Panduan Ringkas Penulisan Kertas Projek Tahun Akhir A242 V1 ini di bina menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) Grok, dan di sunting oleh penyarah kursus untuk disesuaikan dengan keperluan kursus.

Muat turun Panduan Ringkas Penulisan Kertas Projek Tahun Akhir A242 V1

Template dan Format UPSI mengikut laman IPS UPSI:

1. Format template muka depan

2. Format tajuk mukasurat

3. Pengisytiharan

4. Penghargaan

5.  Isi Kandungan

6. Senarai Jadual

7. Senarai Rajah

8. Tulang Buku Kurang Daripada 25mm

9. Tulang Buku Lebih Daripada 25mm​​

SEMINAR FYP JUN 2025

Khamis, 19 Jun 2025, FSSKj.

Seminar FYP Jun 2025 merupakan sesi pembentangan oleh pelajar kursus QCR 3996 Projek Tahun Akhir bagi semester A242. 

Konsep Seminar:

Seminar akan dijalankan berkonsepkan pertandingan pembentangan 3 minit. Seminar akan dimulakan dengan ceramah jemputan diikuti pembentangan 3 minit setiap pelajar yang dibahagikan kepada 3 kumpulan (sesi selari). Terdapat tiga kategori pembentangan/penyertaan. Tiga pemenang akan dipilih bagi setiap kategori.

 

Kategori Penyertaan

Tiga kategori pembentangan boleh di sertai:

  • Kategori Sorotan Literatur Sistematik.

  • Kategori Kaedah Kajian.

  • Kategori Dapatan Kajian Rintis.

Format Pembentangan 

  • Masa 3 minit diberikan untuk pelajar membuat pembentangan. Di ikuti sesi soal jawab bersama panel dan peserta seminar.

  • Contoh pembentangan 3 minit seperti INI boleh dijadikan panduan.

  • Pelajar perlu menghantar video pembentangan masing-masing di tapak Tugasan 2 MyGuru selepas hari pembentangan.

Tarikh dan Lokasi Seminar

  • Lokasi: FSSKj (Aras Bawah Blok 6: Bilik Mesyuarat, Bilik Seminar dan Bilik Pendidikan Pergerakan)

  • Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

  • Tarikh: 19 Jun 2025 (Khamis)

Aturcara Seminar

9.00 pagi:  Syarahan Umum

10.00 pagi: Sesi Selari Pertama.

11.30 pagi: Sesi Selari Kedua.

2.30 petang: Sesi Selari Ketiga.

4.00 petang: Penyampaian sijil & penutup.

* Sepanjang hari: Pameran penyelidikan.

*Laman ini dikemaskini dari semasa ke semasa.

**Kemaskini terkini: 10 Jun 2025 jam 10 pagi

v2seminar fyp tigris.png
bottom of page