top of page

Fakta dan tips menarik berjalan kaki

Writer's picture: Nur Ikhwan MohamadNur Ikhwan Mohamad

Berjalan adalah merupakan aktiviti fizikal paling asas dan paling mudah untuk diamalkan. Jom lihat beberapa fakta menarik berkaitan berjalan kaki bagi mereka yang sihat tubuh badan:

  • Mengurangkan tekanan dan membantu anda menghadapi tekanan kerja, Berjalan dikawasan luar bangunan memberikan masa untuk anda melihat sekeliling dan menenangkan fikiran. Anda berjalan untuk kecergaan, namun anda juga berjalan untuk kesihatan dan kesejahteraan. Ambil peluang melihat sekeliling anda dengan lebih teliti. Perhatikan persekitaran (pokok, daun, pergerakan manusia, perbuatan orang sekeliling dan lain-lain). Berikan ruang minda anda menfokuskan perkara lain selain kerja.

  • Membantu penjanaan idea dan penyelesaian masalah. Sekiranya sesi berjalan anda adalah kerap dan melebihi 20 minit setiap sesi, maka waktu ini adalah juga sesuai untuk anda fikirkan penyelesaiaan atau analisa persekitaran bagi mencari sebarang idea yang anda perlukan.

  • Sesi berjalan sesi bernilai. Jadikan sesi berjalan adalah suatu sesi masa eksklusif anda. Lebih elok bersendiri berbanding berteman bagi memberi anda ruang berfikir dan bertenang.

  • Berjalan kaki menguatkan tulang dan otot. Apabila anda berjalan, anda membawa seluruh beban berat tubuh anda. Dan otot pinggang dan kaki anda mewakili sebahagian besar tubuh anda. Maka, kekuatan otot pinggang dan kaki dapat diperkuatkan dengan aktiviti berjalan kaki.

  • Melancarkan pengaliran darah. Berjalan kaki dengan tempoh tertentu contohnya selama 15-20 minit sehari menjadikannya sebagai sesi senaman kardiovaskular. Senaman kardiovaskular menguatkan otot jantung dan menebalkan dinding salur darah. Ini menjadikan pengaliran darah anda lebih lancar. Pengaliran darah yang lancar membolehkan bahan kumuh tubuh dinyahkan dengan lebih baik, penghantaran oksigen dan nutrien keseluruh tubuh juga meningkat.

  • Jimat kos. Jangan kata tidak tahu. Anda hanya perlukan kasut yang sesuai untuk berjalan. Bahkan jika anda tidak kisah, anda boleh melakukan senaman berjalan dengan pakaian pejabat atau seluar jeans anda. Yang penting, lapik kaki yang bersesuaian (kasut).

Apa sekalipun, berjalan kaki perlu dilakukan di lokasi yang selamat, elakkan kawasan sesak trafik dan jika boleh gunakan laluan pejalan kaki yang disediakan. Sebaiknya kawasan tasik dan taman rekreasi adalah paling bersesuaian.

bottom of page