Foam roller adalah alat ringkas yang boleh digunakan untuk melegakan lenguh otot dan mempercepatkan proses pemulihan fungsi otot selepas senaman. Ianya oleh digunakan segera selepas senaman dengan keperluan ruang terhad, mudah simpan, tahan lama dan mudah dibawa kemana-mana. Bagi sesetengah orang, memiliki foam roller umpama memiliki tukang urut sendiri yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa. Bahkan, kosnya juga adalah jauh lebih menjimatkan.
Penggunaan foam roller dengan teknik lakuan yang betul membantu melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kemampuan julat pergerakan sendi. Faedah lain yang biasa dikatakan oleh mereka yang menggunakannya termasuklan perasaan lega dan tenang (rehat). Ini mungkin berpunca daripada pengaliran darah yang lebih lancar, Faedah sama diperolehi apabila kita diurut oleh individu lain. Cuma berbeza sedikit dengan urutan oleh pihak lain, foam roller memerlukan kita bergerak aktif sendiri untuk menggerakkannya ke bahagian-bahagian yang diingini. Ini membuatkan kita juga turut mengaktifkan otot-otot tertentu sewaktu penggunaannya.
Dengan popularitinya kini, terdapat pelbagai jenis foam roller dikeluarkan, namun mungkin penggunaan foam roller lembut yang kebiasaannya berbentuk lonjong berwarna biru adalah permulaan baik.

Bahkan anda sendiri boleh membina foam roller anda sendiri berbekalkan kain tuala tebal yang dibalut pada apa-apa objek silinder sepanjang dan lebih kurang saiz paha anda sendiri.
Beberapa contoh senaman adalah seperti di bawah:

Sumber Grafik: http://pinoyathletics.info/2017/10/18/foam-roller-12-reasons-to-use/
Kesimpulannya, foam roller adalah salah satu kaedah pemulihan selepas sesi senaman atau latihan. Penggunaannya boleh diselang selikan dengan khidmat urutan. Namun perlu diingat, panduan dan faedah dinyatakan di atas adalah untuk individu sihat tubuh badan. Nasihat pakar perubatan bertauliah perlu diperolehi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes dan sebagainya.