top of page

Pantau prestasi latihan anda dengan sRPE

Writer's picture: Nur Ikhwan MohamadNur Ikhwan Mohamad

CONTOH SKALA RPE

0 Rest

1 Really easy

2 Easy

3 Moderate

4 Sort of hard

5 Hard

6

7 Really hard

8

9 Really, really hard

10 Just like my hardest race

Apa itu sRPE?

sRPE merujuk kepada salah satu kaedah untuk mengukur intensiti (tahap kesukaran) sesuatu sesi latihan fizikal.Ianya adalah persepsi individu tersebut terhadap tahap usaha dan kesukaran program latihan pada sesi berkenaan.

Terdapat pelbagai jenis kaedah untuk mengukur bebanan dan isipadu latihan. Namun kebanyakannya bersifat luaran (external), contohnya catatan masa pecutan 20m. Tetapi sRPE mengukur beban latihan bersifat dalaman, iaitu daripada diri atlet/individu itu sendiri.

sRPE kini digunakan oleh ramai jurulatih latihan kekuatan dan suaian fizikal, dan telah diperakui kesahan dan kebolehpercayaannya oleh banyak kajian saintifik. Rujukan di bawah adalah antara contoh-contoh kajian berkaitan.

sRPE mengukur tahap intensiti dengan meminta atlit memberikan respon tahap kesukaran latihan tersebut bedasarkan skala 0 (tiada apa-apa) hingga 10 (amat berat seperti sesi pertandingan sebenar).

Dalam pemantauan prestasi fizikal atlit, salah satu komponen utama adalah kadar bebanan atau intensiti latihan setiap hari.

Di sini, sRPE mengukur kadar bebanan/intensiti keseluruhan dalam sesuatu sesi latihan melalui formula:

Bebanan latihan keseluruhan = durasi masa latihan x skala sRPE

Bila nak guna sRPE?

1) Selepas sesi latihan minta mereka berikan respon kadar 0-10 tahap kesukaran sesi pada hari tersebut. Boleh tunjukkan denganhandphone (contohnya) skala seperti dibawah untuk rujukan mereka. Sila terangkan untuk memastikan atlit benar-benar faham skala berkenaan.

2) Gunakan formula sRPE di atas untuk kira beban latihan keseluruhan hari tersebut.

3) Simpan rekod sRPE berkenaan untuk perbandingan sesi lain nanti.

Jika anda sebahagian daripada program Lady Eagle sRPE, sila isikan terus sRPE anda di borang online.

Kenapa guna sRPE?

1) Memudahkan proses pemantuan kesan program latihan, berbanding menjalankan pelbagai ujian setiap minggu.

2) Boleh membantu pemantauan prestasi fizikal atlit dan bebanan harian mereka. Kadang-kadang sesi dirancang sepatutnya berintensiti sederhana atau rendah, tetapi atlit berikan RPE tinggi (mungkin kerana letih bekerja dll, mempengaruhi kemampuan menjalani latihan hari tersebut)..

3) Berkait rapat dengan 'over training', risiko kecederaan dan keseronokan atlit untuk datang lagi menjalani latihan.

Sumber grafik: Gearhart Jr, R. F., Lagally, K. M., Riechman, S. E., Andrews, R. D., & Robertson, R. J. (2009). Strength tracking using the OMNI resistance exercise scale in older men and women. The Journal of Strength & Conditioning Research, 23(3), 1011-1015.

 

​RUJUKAN:

bottom of page