Intensiti rendah je bakar lemak?


Kami berdebat. Betul ke intensiti rendah sahaja bakar lemak? Atau kena tunggu bekalan karbohidrat dan protein dah susut baru tubuh pindah kepada penggunaan lemak untuk hasil tenaga? Untuk memberikan sedikit panduan, kami lihat beberapa kajian saintifik yang ada.

Satu kajian yang agak lama sedikit (Nicklas et al., 2009) telah membandingkan kesan intensiti senaman terhadap lemak di bahagian abdomen (perut) dikalangan 112 orang wanita obes dan telah mencapai menopause yang sedang menjalani kawalan diet. Semua peserta penyelidikan telah diberikan rawatan dua jenis intensiti latihan iaitu kadar sederhana 40-45% dan kadar tinggi 70-75% daripada kadar nadi. Teka apa hasilnya? Didapati tiada perbezaan!!!. Kedua-dua intensiti adalah setara kemampuan membakar lemaknya, dan tidak menunjukkan sebarang kelebihan dalam pembakaran lemak bahagian abdominal.

Jangan kata itu kajian lama, ada beberapa kajian menunjukkan kesan sama. Bahkan, kajian terkini selama 15 minggu membandingkan senaman selama 20 minit diatas basikal ergometer dengan intensiti 50-74% lawan 75-84% kadar nadi menunjukkan bahawa senaman intensiti tinggi turut mempunyai kemampuan untuk membakar lemak MELEBIHI senaman berintensiti rendah (Umamaheswari, Dhanalakshmi, Karthik, John, & Sultana, 2017). Namun, perlu BERINGAT!!! Senaman berintensiti tinggi mempunyai risikonya yang tersendiri. Pastikan mendapat nasihat jurulatih bertauliah sebelum melakukannya.

Dan mohon jangan terkeliru dengan High Intensity Interval Training (HIIT). HIIT latihannya mempunya sela masa rehat antara setiap set senaman. Disini semua kajian yang kita lihat merujuk kepada senaman tanpa sela masa rehat (berterusan).

Oleh itu, kembali ke asal, apa sekalipun, bersenam lawan tidak bersenam, yang bersenam bakar lemak lebih...yeah!!! :)

RUJUKAN:

Nicklas, B. J., Wang, X., You, T., Lyles, M. F., Demons, J., Easter, L., … Carr, J. J. (2009). Effect of exercise intensity on abdominal fat loss during calorie restriction in overweight and obese postmenopausal women: a randomized, controlled trial. The American Journal of Clinical Nutrition, 89(4), 1043–1052.

Umamaheswari, K., Dhanalakshmi, Y., Karthik, S., John, N. A., & Sultana, R. (2017). Effect of Exercise Intensity on Body Composition in Overweight and Obese Individuals. Indian J Physiol Pharmacol, 61(1), 58–64.

Maples, J. M., & Houmard, J. A. (2014). Physical activity for obesity. In Integrative weight management (pp. 251–260). Springer.

#bakarlemak

Nur Ikhwan Mohamad,

Faculty of Sports Science & Coaching,

Sultan Idris Education University,

35900, Tanjung Malim,

Perak, MALAYSIA.

  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

© 2010-2020 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors. www.sigconditioning.com is also reachable from www.nurikhwan.com

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::