Artikel Rujukan Penulisan Akademik: Apa Maksudnya dan Bagaimana Menggunakannya?


Kekeliruan kadang kala timbul di kalangan pelajar dan pembaca penulisan akademik tentang rujukan-rujukan yang selalunya diletakkan selepas mana-mana ayat dalam penulisan akademik. Penulisan akademik secara mudahnya disini merujuk kepada penulisan atau penerbitan yang bersifat intelektual dan berfakta, dalam apa jua bidang pengatahuan atau kemahiran.


Contoh penggunaan artikel rujukan dalam ayat-ayat penulisan akademik adalah seperti:


“Widely accepted definition of physical literacy consist the element of motivation, knowledge , confidence, understanding and physical competence when performing any physical activity or exercises (Edwards, Bryant, Keegan, Morgan, & Jones, 2017; Longmuir & Tremblay, 2016; Thompson, 2013; Whitehead, 2001, 2010, 2013b).”


Ayat tersebut daripada artikel oleh Mohamad, Sazali, Nadzalan, Ishak, Ahmad, & Khan (2020), memberikan maksud “physical literacy”. Sementara nama-nama dalam kurungan adalah penyelidik-penyelidik yang turut bersetuju dengan penggunaan definisi tersebut sepertimana boleh diperolehi dalam artikel penyelidikan mereka.


Dalam situasi lain pula seperti di bawah:


“In terms of the lower body, some research has investigated the kinematics and kinetics of a single set across loads (30, 60, and 90% 1RM) on a supine squat machine (Cronin & Crewther, 2004)) and multiple sets across loads (45, 75, and 88% 1RM) on a modified Smith machine and supine squat machine (Crewther, Cronin & Keogh, 2008).”


Dalam contoh di atas yang diambil daripada Mohamad, Cronin, Nosaka & Ken (2012), ayat menyatakan fakta bahawa ada kajian telah dilakukan ke atas mekanisma kinematik dan kinetik bagi set tunggal bebanan 30% hingga 90% dari bebanan maksima. Dan salah satu kajian tersebut adalah oleh penyelidik seperti dirujuk dalam kurungan selepas ayat tersebut. Dengan itu, ayat fakta tersebut telah diberikan bukti. Dan ini adalah yang paling penting dalam penulisan akademia, pembuktian.


Satu lagi situasi yang juga biasa ditemui adalah apabila penulisan akademik merujuk terus siapa yang menyatakan atau berkata demikian dalam artikel mereka. Contohnya:


“Menurut Norlena Salamuddin dan Mohd Taib Harun, (2003), pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam bidang sains sukan perlu menguasai pengetahuan isi kandungan subjek sains sukan terlebih dahulu.”


Contoh di atas di petik daripada artikel oleh Saidil Mazlan Abdul Razak, Gunathevan Elumalai, Junaidy Mohamad Hashim & Norliza Abdullah (2018).


Kebiasaannya bagi ayat-ayat penyata berfakta, rujukan yag diberikan jika boleh biarlah sekurang-kurangnya dua atau tiga kajian yang menyokong kenyataan tersebut. Contohnya:


“Providing longer rest periods allow more complete recovery of the energy and neuromuscular systems. However, short rest periods (1–2 minutes) coupled with moderate- to high-intensity loading and volume have elicited the greatest acute anabolic hormone and metabolic responses to resistance exercise in comparison with programs using very heavy loads with long rest periods (Kraemer, Gordon, Fleck, Marchitelli, Mello, Dziados, Friedl, Harman, Maresh, Fry, 1991; Kraemer, Marchitelli, Gordon, Harman, Dziados, Mello, Frykman, McCurry, Fleck, 1990.”


Contoh di atas dipetik daripada penulisan artikel oleh Mohamad, Cronin dan Nosaka (2012), di mana penulis memaklumkan fakta bahawa rehat antara set dengan masa singkat tetapi intensiti sederhana atau tinggi memberikan kesan lebih besar. Dan dua kajian menyokong pernyataan beliau melalui hasil penyelidikan mereka sendiri adalah seperti nama diberikan dalam kurungan selepas ayat tersebut.


Melalui pengalaman penulis sebagai pensyarah kerap di temui pelajar-pelajar yang melakukan penulisan akademik secara konsep “copy and paste” dan kemudiannya di masukkan rujukan dihujungnya sahaja (jadi tiada plagiarisma berlaku, kononnya!). Bermaksud keseluruhan penulisan akademik pelajar berkenaan akhirnya hanya menjadi kombinasi tampalan penulisan orang lain keseluruhannya, dengan sedikit sentuhan ayat-ayat penyambung atau penyeri di sana sini. Kelihatan hampir sama seperti penulisan akademik yang sepatutnya, tetapi sebenarnya tidak.

Rujukan-rujukan sepatutnya digunakan bukan setakat meyatakan siapa yang berkata demikian, tetapi juga bagi menunjukkan kajian mana yang membuktikan perkara tersebut.


Akhir sekali, apa beza rujukan dan bibliografi? Rujukan secara mudahnya adalah maklumat penulisan artikel akademik yang anda telah gunakan dalam teks penulisan kita. Sementara bibliografi adalah maklumat artikel atau apa-apa bacaan akademik yang menyumbang kepada penulisan kita walaupun tidak ada rujukan spesifik digunakan dalam teks penulisan tersebut.


Semoga perkongsian ringkas ini memberikan manfaat.


__________________________________________________________

RUJUKAN

Mohamad, N. I., Sazali, M. H., Nadzalan, A. M., Ishak, A., Ahmad, H., & Khan, T. K. A. (2020). Preliminary study: Reliability and validity of CFM-1 Form as physical literacy assessment Instrument. Indian Journal of Public Health, 11(03), 2221.


Mohamad, N. I., Cronin, J. B., & Nosaka, K. K. (2012). Difference in kinematics and kinetics between high-and low-velocity resistance loading equated by volume: implications for hypertrophy training. The Journal of Strength & Conditioning Research, 26(1), 269-275.


Mohamad, N. I., Cronin, J., & Nosaka, K. (2012). Brief review: Maximizing hypertrophic adaptation—Possible contributions of aerobic exercise in the interset rest period. Strength & Conditioning Journal, 34(1), 8-15.


Razak, S. M. A., Elumalai, G., Hashim, J. M., & Abdullah, N. (2018). Penguasaan pengetahuan konten: pencapaian pelajar sains sukan tingkatan enam di negeri Kedah. e-Academia Journal, 7(1).

© 2010-2021 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors.

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::