top of page

Pertimbangan dan tips konsep minimalis dan kayu pine sebagai konsep rumah atau pejabat

Writer's picture: Nur Ikhwan MohamadNur Ikhwan Mohamad

Dua konsep dekorasi rumah dan pejabat yang kini kelihatan digemari oleh ramai generasi muda adalah konsep gabungan minimalis dengan kayu pine. Pertamanya mungkin kerana pengaruh produk Ikea yang popular di Malaysia. Yang keduanya, mungkin kerana gaya hidup moden kini yang lebih mendambakan ketenangan hidup berasaskan gaya serba ringkas dan bersih apabila diruang dalam bangunan.

Apabila and amemilih untuk menggunakan konsep ini terutamanya jika disebabkan dua faktor di atas, maka anda mungkin boleh menggunakan sedikit panduan di bawah sebagai tips permulaan:

  • Minimalis menitikberatkan alatan atau perabot minima. Pastikan dahulu fungsi ruang berkenaan, dan pilih perabot yang boleh menjalankan dua atau lebih fungsi.

  • Kayu pine yang dirawat dan digunakan sebagai bahan untuk embuatan perabot mungkin kelihatan cantik, namun ketahanannya kadang kala dipersoalkan. Pastikan anda mengambil kira faktor ini, serta faktor lokasi dan persekitaran ruang yang terlibat.

  • Jumlah dan saiz barangan lain. Warna, jenis perabot dan saiz ruang adalah perkara penting. Namun lebih penting lagi adalah barangan lain yang anda miliki atau rancang untuk miliki bagi ruang berkenaan. Pemilihan perabot terlaklu minima mungkin membawa padah dan menserabutkan lagi keadaan apabila akhirnya barangan lain anda adalah pelbagai dan banyak.

  • Konsep bersih dan licin. Minimalis bukan sahaja bermaksud kurang barang, tetapi bermaksud persekitaran ruang yang kelihatan bersih, tersusun dan licin. Ianya berkait rapat dengan perkara sebelum ini (barangan) dan disiplin diri anda dalam menjalani kehidupan harian.

  • Disiplin diri. Sukarnya ingin menjadi minimalis di Malaysia mungkin kerana budaya kita yang masih bersifat terlalu kebendaan dan fokus pada kuantiti. Namun lebih sukar lagi adalah apabila kita tidak mempunyai disiplin diri yang mencukupi. Tahukah anda, walauph sesetengah pihak mengatakan minimalis juga berkait dengan sifat pemalas, sebenarnya mereka adalah jauh lebih berdisiplin dan rajin. Untuk mengekalkan konsep bersih, teratur dan licin, maka disiplin diri adalah tiang utamanya. Jika hanya ada satu atau dua gelas air untuk anda gunakan setiap hari, maka ini bermaksud anda perlu segera bersihkan selepas digunakan. Anda biarkan ianya di atas meja tulis anda selepas penggunaan, maka semestinya anda tidak akan mempunyai gelas untuk pusingan seterusnya nanti. Maka, disiplinkan diri anda kemaskan kembali segalanya ke tempat asal selepas guna.. Jika anda ada disiplin ini, maka konsep minimalis boleh anda pilih.

Konsep dekorasi ruang adalah berkait rapat dengan gaya hidup seseorang. Jika anda hidup dengan gaya berbeza dengan konsep dekorasi anda, maka ianya adalah pencetus “konflik gaya hidup” anda sendiri. Dan ianya mungkin menyumbang pada ketidakserasian amalan gaya hidup anda dengan konsep ruang anda, sekaligus memberikan tekanan dalam kehidupan. Oleh itu, konsep minimalis dan kayu pine mungkin Nampak cantik dan ‘serasi’ dengan bajet anda, tetapi ianya mungkin tidak serasi dengan hidup anda nanti. Akhir kata, semoga tips diatas akan sedikit membantu anda memilih konsep ruang anda.

bottom of page