Produktiviti: “To-Do List” Mungkin Masih Relevan dan Kekal Perlu



Tidak semua kaedah meningkatkan produktiviti diri sesuai dengan semua orang. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi yang memberikan kita aplikasi-aplikasi produktiviti atas talian yang pelbagai. Namun, bagi penulis, penggunaan “To-Do List” dengan cara menulis di atas kertas masih relevan dan mudah. Juga merehatkan mata daripada alatan digital.


Berikut sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman, untuk jadikan “To-Do List” kita lebih tersusun dan sistematik selari dengan jadual kerja harian kita:


  • Senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu diselesaikan.

  • Setiap kali ada kerja atau perkara baharu yang perlu diselesaikan, masukkan terus ke dalam senarai.

  • Letakkan tarikh akhir (dan masa jika banyak perkara dalam sehari) di sebelah perkara atau kerja tersebut.

  • Jika “To-Do List” terlalu banyak, atur semula senarai.

  • Bina senarai baharu dengan susunan mengikut tarikh akhir yang paling dekat (yang perlu segera selesai) di kedudukan atas.

  • Walaupun ada kerja yang menduduki kedudukan lebih atas dalam senarai, jika kerjanya lebih kompleks dan dijangka memakan masa, selesaikan dahulu kerja yang lebih mudah yang berada di bawah.

  • Ada juga situasi dimana beberapa kerja termasuk yang tidak memerlukan tindakan segera, tetapi hanya boleh dilakukan di lokasi tertentu sahaja. Sekiranya kita berada dilokasi berkenaan (pejabat contohnya), dan kerja-kerja tersebut agak mudah, maka selesaikan terus kerja tersebut sebelum bergerak ke lokasi lain bagi menyelesaikan “To-Do List” seterusnya mengikut senarai.

  • Dalam banyak situasi, ada juga idea baharu muncul samada berkaitan kerja rasmi atau peribadi, sekiranya idea tersebut mempunyai impak besar, maka masukkan ia ke dalam kedudukan lebih atas.

  • Ini sebabnya kenapa kadang kala ada senarai kekal tidak berubah selama beberapa hari dengan hanya potong dengan garisan lurus mana-mana perkara selesai.

  • Namun ada pada masa-masa tertentu senarai “To-Do List” kita berubah dan perlu ditulis semula beberapa kali dalam sehari dua.

  • Dalam kehidupan ada juga perkara yang kita rasa boleh dibuat (penulisan blog contohnya) dan sememangnya mempunyai bahan tersedia, maka masukkan dalam senarai.

  • Namun ianya bukan perkara perlu dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang bulan atau tahun. Maka ianya kadang kala kekal dalam senarai selama berbulan-bulan dengan kedudukannya kekal dalam kelompok bawah.

  • Mungkin ini boleh dikatakan satu perangai menangguh kerja, namun ada masanya, tangguh idea dan kerja adalah perlu demi kemaslahatan diri.

  • Bagi penulis, penulisan “To-Do List” atas kertas juga meransang minda, dan pada masa sama merupakan satu proses kreatif yang memberikan kesan tenang dan membantu perancangan kerja dan kehidupan dengan lebih sistematik dan berkesan.

  • Kehidupan perlu rehat dan pemulihan. Dan mempunyai senarai “To-Do List” yang tersusun menjadikan aturan rehat dan pemulihan diri juga boleh dirancang dengan lebih berkesan.

  • Paling penting, jangan jadikan “To-Do List” sebagai sumber tekanan dan paksaan diri untuk menjadi “amat” produktif.

  • Pilih “optima” dan jangan pilih “maksima” dalam menggerakkan tubuh kita menyelesaikan kerja harian.

  • Bersederhanalah dalam kehidupan.

Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat kepada semua.

© 2010-2021 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors.

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::