Bertenang dan bersyukur dengan melihat matahari terbenam


Pernah luangkan masa melihat matahari terbenam? Kajian menunjukkan bahawa duduk bertenang dan melihat fenomena matahari terbenam mampu memberikan kesan positif psikologi. Dari sudut sains alam juga, hanya dengan melihat matahari terbenam sudah cukup untuk membuktikan bahawa bumi ini adalah bulat. Sudah tentu ianya tidak lagi mengejutkan bagi kita yang hidup di zaman sains teknologi angkasa ini, namun ianya merupakan satu perdebatan disuatu ketika dahulu samada bumi ini berbentuk sfera atau satu permukaan rata yang akan ada penghujungnya. Kebanyakan bandar di zaman tamadun Rom juga dibina latar perancangan bandarnya berdasarkan kedudukan matahari terbit dan terbenam. Dari segi sejarah bidang astronomi, kedudukan dan durasi masa antara matahari terbit dan terbenam memberikan penanda aras pertama bagi pembinaan ilmu berkaitan alam dan astronomi.

Dari sudut lain pula,melihat matahari terbenam memberikan peluang untuk anda berhenti seketika dengan kesibukan dunia moden. Keluar dan luangkan sedikit masa bersama alam, kagumi keindahan alam dan bersyukur akan nikmat kurniaanNya. Ini mungkin memberikan ketenangan dan kerehatan minda yang kebanyakan daripada kita tercari-cari setiap hari. Lebih daripada itu, ianya memberikan kita sedikit ruang untuk membuat refleksi diri dan menghargai apa yang ada disekeliling diri dan kehidupan kita.Bahkan ada juga yang mengatakan buat pertama kalinya dalam hidup mereka, masa dirasakan berlalu dengan perlahan apabila duduk melihat matahari terbenam. Dan pada masa sama, fenomena matahari terbenam hanya berlaku sekali sehari dipenghujung hari. Maka ianya juga membuatkan pemerhati tertunggu-tunggu detik seterusnya, kerana ianya tidak berulang dua kali dalam satu masa.

Kombinasi ketenangan, kesabaran, syukur, dan nikmat masa berfikir yang terhasil daripada aktiviti melihat matahari terbenam sesungguhnya sukar diungkapkan dengan kata-kata dan tulisan. Mungkin anda boleh mula merancang untuk melakukannya dalam masa terdekat, dan alaminya sediri...:)

RUJUKAN:

Burns, G. (2000). When Watching A Sunset Can Help A Relationship Dawn Anew: Nature‐Guided Therapy For Couples And Families. Australian and New Zealand Journal of Family Therapy, 21(4), 184-190.

Vanderbei, R. J. (2008). The Earth Is Not Flat: An Analysis of a Sunset Photo. Optics and Photonics News, 19(11), 34-39.

Sparavigna, A. C. (2016). Roman Towns Oriented to Sunrise and Sunset on Solstices.

Sparavigna, A. C. (2016). Megalithic Quadrangles and the Ancient Astronomy.


Nur Ikhwan Mohamad,

Faculty of Sports Science & Coaching,

Sultan Idris Education University,

35900, Tanjung Malim,

Perak, MALAYSIA.

  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

© 2010-2020 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors. www.sigconditioning.com is also reachable from www.nurikhwan.com

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::