Tips kudapan sihat


Bagi mereka yang suka makan makanan ringan di antara sela waktu makan utama, ini ada beberapa tips bagi memastikan kudapan anda tidak memudaratkan anda.

  • Jangan beli dan simpan makanan ringan yang tidak menyihatkan. Jika ianya sudah tersedia ada, maka kebarangkaliannya adalah besar yang anda akan memakannya.

  • Sentiasa rajin membeli pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran. Simpan dalam peti sejuk bekalan mencukupi sebelum tiba ke sesi membeli belah barang dapur yang berikutnya.

  • Sentiasa kreatif dengan buah-buahan dan sayuran anda. Jadikannya ianya snek kudapan anda dengan pembagai jenis kaedah. Batang seleri dipotong pendek-pendek dikunyah kosong tetap sedap sebagai kudapan sihat, apatah lagi jika dicelup dengan sos Thousand Island.

  • Produk kekacang juga boleh diselang selikan dengan kudapan buah-buahan dan sayuran anda. Sekali lagi, kreativiti amat penting.

  • Pelbagai produk kekacang boleh dicampur dengan pelbagai produk buahan kering seperti kismis bersama biji-bijian. Anda boleh beli setiap satunya secara berasingan, dan buat campuran anda sendiri dengan sukatan kecil bagi setiap hidangan.

  • Jadikan minuman air kosong sebagai sebahagian daripada pelengkap snek kudapan anda. Kebanyakan daripada kita kurang minum air kosong setiap hari. Oleh itu, utamakan air kosong. Jus buah-buahan juga merupakan set yang baik. Elakkan minuman bergas, bahkan jika boleh, elakkan juga teh tarik kegemaran anda itu.

  • Pastikan setiap set kudapan anda diletakkan dalam bekas hidangan bersaiz kecil, jika tidak mungkin snek kudapan anda akan mempunyai nilai kalori melebihi makanan utama anda, hmmm...dimana sihatnya jika begitu? Saiz amat penting.

Kudapan yang sihat adalah kudapan yang mengambil kira waktu pengambilan, saiz hidangan, jenis makanan yang dipilih dan minuman yang dipadankan. Kepelbagaian juga penting bagi memastikan nutrien yang diperolehi tidak terhad kepada satu atau dua jenis sahaja.

#kudapan

Nur Ikhwan Mohamad,

Faculty of Sports Science & Coaching,

Sultan Idris Education University,

35900, Tanjung Malim,

Perak, MALAYSIA.

  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

© 2010-2020 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors. www.sigconditioning.com is also reachable from www.nurikhwan.com

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::