"Mama...nak kek!!!" Anak nak kek? Jom semak kandungannya


Jadi, apa masalahnya dengan kek? Ya, tiada masalah dengannya. Bahan-bahan yang biasa digunakan dalam pembuatan kek ialah tepung, gula, telur, mentega atau minyak atau marjerin, cecair, dan agen penaik, seperti baking soda atau serbuk penaik. Apapun, jom kita lihat kandungan nutrisi salah satu kek yang biasa mudah diperolehi di kedai-kedai sekitar kita, iaitu kek span (sponge cake).

Jumlah adalah bagi setiap 100 gram

Kalori: 297

Jumlah keseluruhan lemak 4.3 g atau 6% daripada cadangan keperluan kalori harian

Lemak tepu 1.3 g atau 6% daripada cadangan keperluan kalori harian

Lemak poli tak tepu 0.6 g

Lemak mono tak tepu 1.6g

Kolestrol 170 mg atau 56% daripada cadangan keperluan kalori harian

Sodium 228 mg atau 9% daripada cadangan keperluan kalori harian

Potassium 141 mg atau 4% daripada cadangan keperluan kalori harian

Jumlah keseluruhan karbohydrate 58 g atau 19% daripada cadangan keperluan kalori harian

Protein 7 g atau 14% daripada cadangan keperluan kalori harian

Vitamin A 5% daripada cadangan keperluan kalori harian

Vitamin C 0% daripada cadangan keperluan kalori harian

Calcium 4% daripada cadangan keperluan kalori harian

Iron 8% daripada cadangan keperluan kalori harian

Vitamin D 0% daripada cadangan keperluan kalori harian

Vitamin B-6 5% daripada cadangan keperluan kalori harian

Vitamin B-12 6% daripada cadangan keperluan kalori harian

Magnesium 2% daripada cadangan keperluan kalori harian

Jika diteliti, dengan hanya mengambil kek span 100g sehari, kita telahpun memenuhi 56% jumlah kolestrol yang dicadangkan sehari . Melebihi jumlah yang dicadangkan badan antarbangsa bermaksud anda akan mempunyai lebihan kolesterol, dan ini tidak baik untuk kesihatan. Dan lihat pula jumlah karbohidrat bagi 100g kek span ini, sudahpun mencapai 19% jumlah yang diperlukan tubuh. Sekadar ingatan, jumlah peratus berkenaan dikira berdasarkan anggaran keperluan tubuh 2000 kcal sehari (ada yang kurang dan ada yang lebih, bergantung atas individu, bagaimana mengira kadar keperluan kalori harian anda dalam artikel seterusnya nanti).

Kesimpulannya, tiada masalah dengan kek, cuma kandungan kalori terutama daripada kolestrol adalah amat tinggi. Maka, berpada-padalah dalam pengambilan kek harian. :)

Rujukan:

USDA-United States Department of Agriculture : https://ndb.nal.usda.gov/ndb/search/list?qlookup=18134

https://en.wikipedia.org/wiki/Sponge_cake

http://www.bawarchi.com/recipe/microwave-basic-sponge-cake-oetm2Acjihife.html

https://g.co/kgs/DbiKDn

#kekspan

Nur Ikhwan Mohamad,

Faculty of Sports Science & Coaching,

Sultan Idris Education University,

35900, Tanjung Malim,

Perak, MALAYSIA.

  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

© 2010-2020 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors. www.sigconditioning.com is also reachable from www.nurikhwan.com

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::