Letih? Jom detoksifikasi digital


Berapa kali anda telah memeriksa telefon pintar anda hari ini? Memeriksa WhatsApp, menyemak instagram, memeriksa facebook dan lain-lain? Dan itu tidak termasuk membalas mesej, menghantar pautan yang meletupkan perbincangan panjang secara digital, dan banyak tindakan berasaskan digital yang lain.

Menggabungkan semua detik dan minit tersebut, berapa banyak masa yang kita habiskan selama sehari? Dan berapa jam sumber manusia yang kita habiskan seminggu, sebulan atau setahun untuk semua urusan membaca dan membalas mesej digital ini? Semestinya amat banyak. Jangan risau, kita berada di situasi yang sama di sini.

Setiap individu moden seperti kita boleh mendapat manfaat daripada apa yang boleh dipanggil sebagai "detoksifikasi digital".

Penulis sendiri telah mencuba beberapa kali. Dan setiap kali dengan pelbagai masa dan kaedah yang berlainan. Dan perlu dikatakan, setiap kali tamat tempoh detoksifikasi digital tersebut, minda dan fizikal dirasakan amat segar dan cerdas.. Ia "membersihkan" kita.. Ia "reboot" otak, mata dan emosi anda. Menyegarkannya. Bahagian yang terbaik, sementara ada yang mengatakan bahawa kita menjadi lebih produktif dengan semua itu, saya merasa lebih produktif apabila setiap kali berpaling daripadanya.

Oleh itu, jom detoksifikasi diri kita dari kesan sampingan alatan digital ini. Singkirkan alat tersebut sekali-sekala, untuk seketika (bukan hanya sekadar satu atau dua minit ..). Bos boleh tunggu, gosip boleh berlalu, namun kehidupan dapat berjalan.

P/S: Instagram contohnya jika anda masuk akaun anada melalui laman web (bukan aplikasi), akan ada kekunci "deaktivate temporarily". Boleh dinyahaktifkan sekali seminggu. Akaun anda masih wujud, cuma 'hilang' seketika.

#detoksifikasidigital

Nur Ikhwan Mohamad,

Faculty of Sports Science & Coaching,

Sultan Idris Education University,

35900, Tanjung Malim,

Perak, MALAYSIA.

  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

© 2010-2020 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors. www.sigconditioning.com is also reachable from www.nurikhwan.com

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::