Menulis di atas kertas dengan pen atau pensil kurangkan tekanan


Teknologi digital berkembang pesat kini. Boleh dikatakan setiap individu kini memiliki paling tidak satu alat elektronik digital seperti telefon pintar. Dan dengan perkembangan teknologi digital dan komputer juga, aktiviti menulis dengan tangan menggunakan pen atau pensil diatas kertas menyusut. Ada yang hingga berjalan lurus di pinggir jalan raya dengan mata memandang tepat ke skrin telefon pintar mereka, terlupa dan alpa akan risiko sekeliling. Walaupun diakui teknologi digital ini memudahkan banyak urusan harian manusia, tetapi ianya juga boleh dikatan sebagai sumber tekanan.

Dan tahukah anda, menulis diatas kertas adalah salah satu kaedah terapi diri yang boleh digunakan bagi mengurangkan tekanan kehidupan, dan bagi membolehkan diri lebih fokus kepada perkara yang kita ingin fikirkan atau idea yang ingin kita jana.

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan jika anda ingin menenangkan minda seketika dengan menulis adalah seperti:

  • Tulis di atas kertas kosong tanpa garisan. Berikan perasaan bebas kepda minda anda apabila menatap kertas kosong putih yang boleh docorakkan oleh penulisan anda dalam apa jua cara (lurus, bengkang bengkok, bercorak lukisan dan sebagainya).

  • Gunakan pen dengan mata penanya memberikan keselesaan kepada anda apabila menulis. Mungkin ball-pen atau mungkin pen dakwat basah bagi sesetengah individu lain. Gunakan pensel jika anda rasa lebih tenang dengannnya.

  • Ada dua pilihan saiz kertas. And boleh pilih kertas saiz A4 atau kertas nota sekecil post-it note. Bezanya? Kertas A4 memberikan anda ruang yang cukup, saiz yang selesa untuk anda menulis atau menconteng idea grafik, juga mudah diperolehi di kebanyakan pejabat. Kertas post-it note saiznya amat kecil. Ruang terhad, maka anda perlu fokuskan kepada 'key-point' apabila anda menulis, mengelakkan ayat meleret, sekaligus memberikan fokus kepada kandungan paling penting. Jadikan setiap keping post-it note itu khusus untuk satu topik atau idea. Tiada halangan untuk anda menggunakan apa jua kertas dan saiz sekalipun sebenarnya, cuma dua jenis kertas tadi paling mudah diperolehi dan signifikan dari segi sebab-sebab seperti dinyatakan.

  • Sentiasa jadikan sesi menulis anda sebagai aktiviti berfokus positif. Jadikan satu pertauran "saya tidak akan menulis perkara negatif walau sepatah perkataan sekalipun".

  • Ada perkara yang anda tulis anda simpan, dan ada yang perlu anda buang. Jangan jadikan hasil nukilan ringkas anda itu suatu perkara yang akan menginatkan anda kepada suatu komitmen baharu, sekaligus menambahkan beban kepada tekanan kehidupan sedia ada. Jadikan ianya sebagai contengan santai. Anda simpan jika ada idea bernas terhasil dan anda takut terlupa berkaitan dengannnya.

  • Bersendirian. Ini penting. Masa menconteng atau menulis anda ini mungkin pendek, mungkin bersekali dengan sesi anda minum kopi merehatkan tubuh atau minda dari sesuatu. Maka, jadikanlah ianya sebagai sesi berfikir peribadi anda, tidak perlu dijemput rakan bersama (kerana ia mungkin bertukar menjadi "mesyuarat").

Menulis dan menconteng sebagai aktiviti terapi diri bukanlah perkara asing. Berbeza dengan alata digital, tiada pancaran cahaya dari skrin yang akan memenatkan mata dan minda anda. Bahkan dengan terlalu banyak sumber tersedia dalam capaian internet di alatan digital, ianya menjadi semacam suatu tekanan kepada masyarakat kini. Tekanan terlalu banyak sumber untuk dimasukkan ke minda, tetapi minda tiada ruang untuk meluahkannya kembali. Semoga tips ringkas ini membantu anda. Selamat mencuba. :)

Rujukan:

Medwell, J., & Wray, D. (2017). What’s the use of handwriting?: a white paper.

Karavanidou, E. (2017). Is handwriting relevant in the digital era?. Antistasis, 7(1).

Smyth, J., & Helm, R. (2003). Focused expressive writing as self‐help for stress and trauma. Journal of Clinical Psychology, 59(2), 227-235.

Crocker, J., Niiya, Y., & Mischkowski, D. (2008). Why does writing about important values reduce defensiveness? Self-affirmation and the role of positive other-directed feelings. Psychological science, 19(7), 740-747.

Pizarro, J. (2004). The efficacy of art and writing therapy: Increasing positive mental health outcomes and participant retention after exposure to traumatic experience. Art Therapy, 21(1), 5-12.

Pankey, T., Kelly, P. J., & Ramaswamy, M. (2016). Stress Reduction Through a Brief Writing Intervention With Women in Jail. Journal of Correctional Health Care, 22(3), 240-246.

#terapimenulis

Nur Ikhwan Mohamad,

Faculty of Sports Science & Coaching,

Sultan Idris Education University,

35900, Tanjung Malim,

Perak, MALAYSIA.

  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

© 2010-2020 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors. www.sigconditioning.com is also reachable from www.nurikhwan.com

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::