Simptom dan tanda AADHD dewasa


Adakah anda sukar menumpukan perhatian, kerap bertukar majikan, mudah bosan, bertukar mood dengan kerap (mood swing), pelupa, sentiasa tergesa-gesa melaksanakan sesuatu (tak sabar orang kata), kurang sesuai dalam situasi sosial biasa, sentiasa gagal mengurus masa kehidupan dengan baik (mengabaikan rehat dan sosial dll) dan boleh 'tenggelam' dalam dunia anda sendiri berjam-jam dan berhari-hari tanpa menyedari keadaan sekeliling sekaligus memudaratkan diri? Berhati-hati, anda mungkin tidak menyedari anda menghidapi ADHD.

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) adalah satu keadaan kesihatan mental dimana penghidap mempamerkan kesukaran untuk menumpukan perhatian. Kebiasaannya dikaitkan dengan kanak-kanak, keadaan sama sebenarnya boleh dihadapi oleh orang dewasa. Ianya boleh dirawat oleh pakar perubatan, dan dalam keadaan kronik boleh menjadi satu penyakit yang dihidapi bertahun-tahun lamanya atau sepanjang hayat. Ianya antara keadaan kesihatan yang boleh didiagnos atau dikenalpasti sendiri oleh empunya diri. Kebiasaannya juga, ujian makmal atau pengimejan adalah tidak perlu.

ADHD dikalangan orang dewasa boleh membawa kepada hubungan yang tidak stabil, prestasi kerja yang lemah dan perasaan rendah diri. Simptom ADHD dewasa termasuklah masalah memberi tumpuan, hiperaktif dan tingkah laku impulsif.ADHD adalah situasi yang boleh dirawat, secara kaedah psikologi dan pengambilan ubat daripada pakar perubatan.

*Sila dapatkan nasihat doktor perubatan bertauliah bagi nasihat dan pemeriksaan lanjut. Maklumat ini adalah maklumat umum dan tidak boleh menggantikan diagnosis pakar perubatan.

Sumber:

Health line: https://www.healthline.com/health/adhd/adult-adhd#disorganization4

WebMD: https://www.webmd.com/add-adhd/guide/adhd-adults

MayoClinic: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/adult-adhd/symptoms-causes/syc-20350878

https://g.co/kgs/Cuw6nq

#ADHDdewasa

Nur Ikhwan Mohamad,

Faculty of Sports Science & Coaching,

Sultan Idris Education University,

35900, Tanjung Malim,

Perak, MALAYSIA.

  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

© 2010-2020 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors. www.sigconditioning.com is also reachable from www.nurikhwan.com

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::