Pejabat bergerak dan fleksi


Semakin hari, kaedah cara kerja zaman moden bergerak ke arah lebih fleksi, samada dari segi lokasi mahupun waktu kerja. Dua elemen yang diperlukan untuk membolehkan anda menjadi fleksi dalam bekerja adalah :

  • Kelengkapan mudah alih: Komputer meja digantikan dengan laptop, android dan sebagainya. Alat tulis asas dan wayar penyambung bersama segala alat sokongan kepada kelengkapan elektronik yang dibawa (pengecas dan lain-lain).

  • Kesediaan lokasi dipilih untuk memenuhi keperluan mudah alih anda: Lokasi pilihan anda perlu paling tidak memiliki ciri internet wifi (jika tidak anda perlu bersedia dengan bayaran bulanan tinggi untuk kos internet), meja, kerusi dan punca soket eletrik mencukupi.

Ada juga yang gemar memilih lokasi seperti restoran butik yang menyediakan khidmat internet percuma lengkap dengan persekitaran minuman dan makanan disertai persekitaran selesa dan kreatif. Apa sekalipun, ini adalah trend masa kini, di kala majikan tidak lagi mengharapkan kehadiran ke pejabat semata-mata, tetapi ingin melihat hasil yang berkualiti dengan kunatiti yang diperlukan, tidak kira di mana lokasi kerja sekalipun.

#pejabatbergerak

Nur Ikhwan Mohamad,

Faculty of Sports Science & Coaching,

Sultan Idris Education University,

35900, Tanjung Malim,

Perak, MALAYSIA.

  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

© 2010-2020 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors. www.sigconditioning.com is also reachable from www.nurikhwan.com

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::