Inovasi foam roller melangkau imaginasi anda


Bagi peminat alatan kecergasan terutama bagi pemulihan kelesuan otot, foam roller adalah antara alatan yang mudah, murah dan menarik. Namun, mungkin apa yang akan dipaparkan disini melangkau imaginasi anda berkeaan foam roller.

1) Heated Form Roller: Anda pernah bertungku? Ramai ibu selepas bersalin di Malaysia bertungku dengan memanaskan batu bersaiz sekitar satu atau dua kali buku lima untuk mendapatkan kesan terapi panas. Konsep sama diguna pakai oleh Moji Heated Foam Roller keluaran syarikat Moji dari Zurich, Switzerland ini (gomoji.com). Ianya boleh dipanaskan dahulu di dalam microwave sebelum digunakan. Maka anda akan dapat kesan urutan dengan kesan terapi panas sekaligus.

Sumber Grafik: www.kickstarter.com

2) Collapsible Muscle-Massaging Rollers: Mungkin tidak sehebat foam roller yang pertama, namun inovasinya sesuai dengan gaya hidup moden kini. Saiz foam roller sedia ada sememangnya bersaiz agar besar untuk dimuatkan dalam beg galas atau beg gym biasa. Menyedari masalah tersebut Neofit (www.neofitroller.com) menghasilkan foam roller yang boleh dibuka memanjang dan ditolak masuk untuk mengecilkan saiznya dari sepanjang 31cm ke saiz 10 cm panjang yang lebih mudah alih, dengan diameter kekal 14 cm.

Sumber Grafik: http://www.neofitroller.com/

3) Vibrating Foam Roller: Masih sama dari segi saiz, namun kelebihan produk Rollingfwd (www.rollingfwd.com) ini adalah ianya akan memberi kesan getaran (mungkin boleh bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi urut komersial di pasaraya!). Menggunakan kuasa bateri lithium binaan dalam, ianya boleh bertahan selama 13 jam dengan penggunaan halaju getaran rendah atau hingga 4.5 jam bagi halaju tertinggi. Mungkin soket dinding anda perlu ditambah kerana anda kini turut memerlukan satu lagi tambahan soket untuk mengecas foam roller anda juga. Satu persaingan kepada semua gajet sedia ada anda!!! Apapun, ianya satu inovasi menarik dan berguna.

Semua inovasi berkenaan tetap menfokuskan kepada satu tujuan, pemulihan kelesuan otot selepas senaman. Semua produk dipromosikan oleh syarikat pengeluar masing-masing sebagai mampu melancarkan peredaran darah, membantu proses pemulihan berlaku dengan lebih cepat. Lebih banyak inovasi sebegini dijangkakan dengan peningkatan populariti foam roller buat masa ini.

#foamrollercanggih

Nur Ikhwan Mohamad,

Faculty of Sports Science & Coaching,

Sultan Idris Education University,

35900, Tanjung Malim,

Perak, MALAYSIA.

  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

© 2010-2020 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors. www.sigconditioning.com is also reachable from www.nurikhwan.com

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::