Kesan berdiri sambil menjalankan kerja pejabat


Bagi sesetengah bidang kerjaya, berdiri sambil melaksanakan kerja dan tugasan adalah perkara biasa. Namun bagi yang bekerja di pejabat, hampir keseluruhan waktu bekerja dihabiskan dalam posisi duduk. Apatah lagi jika melibatkan kerja berfokus kepada penggunaan komputer. Rentetan daripada kurang pergerakan fizikal bagi pekerja pejabat, trend berdiri sambil melakukan kerja mula popular kembali.

Grafik: Bermesyuarat sambil duduk atau sambil berdiri lebih baik?

Satu kajian yang dijalankan ke atas 36 orang kakitangan universiti bagi melihat kesan duduk lawan kesan berdiri sambil melakukan kerja, selama lima hari berturut-turut. Kajian ini menfokuskan kepada analisa kesan kognitif (proses minda seperti kelajuan otak proses maklumat, memori jangka pendek, memori kerja dan kecekapan tugasan). Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan samada duduk atau berdiri sewaktu melakukan kerja pejabat ke atas prestasi kognitif atau kecekapan kerja (1). Namun ini mungkin kerana kajian tersebut merangkumkan semua jenis bentuk pekerjaan yang dilakukan. Kajian-kajian terkini yang lain, yang lebih berfokus seperti membahagikan jenis-jenis kerja yang dilakukan (menaip dan sebagainya) mendapati kesan lebih positif berdiri sambil bekerja ke atas prestasi kerja seperti tahap fokus pemikiran lebih baik (2). Tapi, sekali lagi, kajian lain tetap menunjukkan tiada perbezaan samada duduk sepenuhnya, berdiri sepenuhnya atau bergilir antara duduk dan berdiri sewaktu melakukan kerja (3).

Dari segi susun atur pejabat, satu kajian lain telah dijalankan bagi melihat kesan pejabat yang menggunakan rekabentun pejabat berdiri dengan rekabentuk pejabat berkonsepkan duduk (seperti pejabat-pejabat yang biasa kita lihat). Dapatan menunjukkan pejabat yang berkonsepkan rekabentuk berdiri sambil bekerja, dengan meja tinggi dan kekuda tinggi digunakan untuk pekerja duduk apabila perlu dalam posisi lebih ergonomik, memberikan kesan positif yang signifikan. Dapatan kajian ini bermaksud, menggunakan rekabentuk yang menggabungkan kombinasi kedudukan meja tinggi dengan kekuda agar pekerja boleh duduk dan berdiri dalam melakukan kerja adalah lebih baik berbanding pejabat berkonsepkan duduk (4)

Untuk penghasilan tenaga dan peningkatan aktiviti pergerakan fizikal, kombinasi duduk dan berdiri dambil bekerja memberikan anda lebih banyak pembakaran kalori berlaku (5). Cuma, sekali lagi, ada juga kajian menunjukkan tiada perbezaan dari segi kesan metabolik melakukan kerja sambil duduk atau berdiri (6).

Konflik antara setiap dapatan kajian ini memberikan satu kesimpulan sahaja buat masa ini, iaitu kesan samada secara fisiologi (tubuh) atau psikologi (minda) lebih bersifat individual, lebih banyak kajian diperlukan. Kesan juga mungkin dipengaruhi tahap kecergasan fizikal dan sifat aktiviti fizikal harian setiap individu yang terlibat dengan kajian-kajian berkenaan.

Sebagai kesimpulan, artikel ini mencadangkan penggunaan kombinasi duduk dan berdiri sambil bekerja di pejabat, bagi memberi variasi pergerakan fizikal kepada tubuh. Segalanya ditangan anda, selepas membaca beberapa kajian di atas.

RUJUKAN:

(1) Russell, B. A., Summers, M. J., Tranent, P. J., Palmer, M. A., Cooley, P. D., & Pedersen, S. J. (2016). A randomised control trial of the cognitive effects of working in a seated as opposed to a standing position in office workers. Ergonomics, 59(6), 737-744.

(2) Patston, L., Henry, A. N., McEwen, M., Mannion, J., & Ewens-Volynkina, L. A. (2017). Thinking while standing: an exploratory study on the effect of standing on cognitive performance.

(3) Bantoft, C., Summers, M. J., Tranent, P. J., Palmer, M. A., Cooley, P. D., & Pedersen, S. J. (2016). Effect of standing or walking at a workstation on cognitive function: a randomized counterbalanced trial. Human factors, 58(1), 140-149.

(4) Kang, H. (2016). Is standing office ergonomic? Effects of working posture type on body discomfort and physical demand.

(5) Thorp, A. A., Kingwell, B. A., English, C., Hammond, L., Sethi, P., Owen, N., & Dunstan, D. W. (2016). Alternating sitting and standing increases the workplace energy expenditure of overweight adults. Journal of Physical Activity and Health, 13(1), 24-29.

(6) Burns, J., Forde, C., & Dockrell, S. (2017). Energy Expenditure of Standing Compared to Sitting While Conducting Office Tasks. Human Factors, 0018720817719167.

#berdiribekerja

Nur Ikhwan Mohamad,

Faculty of Sports Science & Coaching,

Sultan Idris Education University,

35900, Tanjung Malim,

Perak, MALAYSIA.

  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

© 2010-2020 NIM & RSH

Disclaimer: The webmaster, shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. The views on this site are not those of the Sultan Idris Education University or any organizations linked to the authors. www.sigconditioning.com is also reachable from www.nurikhwan.com

FULL DISCLAIMER  ::  PRIVACY POLICY  ::